"Ya Allah, andai ini Ramadan Terakhirku ampunkan dosaku, sucikan hartaku,
lapangkan dadaku dan jadikanlah Ramadan tahun ini yang terbaik buatku..."

KEMPEN IHYA RAMADAN
Bulan Ramadan Al-Mubarak merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan bagi seluruh umat Islam. Oleh yang demikian, Pusat Komuniti Seri Melaka ingin mengambil peluang ini untuk mengadakan Kempen Ihya Ramadan 2024 yang terdiri daripada beberapa program iaitu Tajaan Berbuka Puasa & Sahur di Masjid/Surau sekitar Krubong, Melaka dan Projek Bakul Kasih Syawal pada sahabat-sahabat yang memerlukan.
OBJEKTIF
- Menghidupkan bulan Ramdan dengan pelbagai aktiviti kebajikan serta program keagamaan.
- Mendidik jiwa untuk menderma dan membantu golongan yang memerlukan.
SASARAN TAJAAN
Dana ini akan disalurkan kepada Tajaan Berbuka Puasa dan Sahur Ketika Iktikaf Perdana di Masjid/surau sekitar Krubong, Melaka serta memberikan sumbangan fokus kepada Golongan Sasar seperti Asnaf & Fakir Miskin dan Mahasiswa yang memerlukan. Sebahagian dana ini juga akan digunakan untuk kos operasi program.
Gambar Sumbangan dan Tajaan Berbuka Puasa & Sahur








Oleh Yang Demikian Kami Membuka Peluang Kepada Para Dermawan Yang Ingin Menaja RM50/Lot bagi Kempen Ihya Ramadan 2024.
Kami Juga Menerima Berapa Sahaja Sumbangan Yang Ingin Diberikan Dengan Memilih Pilihan "Sedekah Ramadan" Seperti Dalam Borang Dibawah.
SUMBANGAN BOLEH DIBUAT DENGAN MEMILIH PAKEJ YANG INGIN DITAJA DALAM BORANG DIBAWAH
.gif)
MASUKKAN NAMA & ALAMAT EMAIL JIKA INGIN
MENDAPATKAN RESIT PEMBAYARAN SUMBANGAN